Monday, August 17, 2009

Ramadhan Kareem

Posted by Khairunnisa at 6:50 PM 0 comments




Salam Kerinduan Ramadhan Kareem...


Kad ini umum untuk pengunjung semua, di reka khas atas nama cinta ku pada bulan Ramadhan.


Salam sayang dari :
HEWI-PMIUM 09 

Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali - Arwah Ust Asri (Rabbani)

Posted by Khairunnisa at 3:09 AM 0 comments




Antara catatan di dalam blog arwah :


"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku"




Pahlawan Nasyid


"anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti"


Ahli keluarga arwah





Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.




Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.


Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.


Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambah anggota Rabbani itu.


Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.




Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa Bukit Lancong dekat Shah Alam selepas ini.


Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi.


Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.


Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.


Beliau sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni. - Malaysia Kini


Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas in



Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri! "


DSKHAIRUNNISAISMAIL

Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur

0600pm, 13082009

http://qalamhazin.blogspot.com

Tuesday, August 4, 2009

Update- Ahli Panel yang akan bersama dalam Diskusi Wanita akan datang

Posted by Khairunnisa at 9:26 AM 1 comments
Antara Ahli panel jemputan:
1. Prof Madya Hj Md Izuddin Ali
atau lebih di kenali warga mahasiswa sebagai Prof Izi Hot FM
2. Puan Rosmawati Zainal
Pengerusi Raudatus Sakinah
dan yang terbaru, alhamdulillah kami telah cuba menjemput seorang personaliti TV, Farah Adeeba untuk datang memeriahkan lagi suasana. Menurut beliau, insyaAllah beliau akan datang sekiranya tugas beliau selesai awal pada hari tersebut.
Diskusi Wanita kali ini adalah anjuran :
dengan kerjasama :
Hal Ehwal Wanita & Mahasiswi
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
atau lebih dikenali sebagai HEWI PMIUM 09
Jadi, marilah sama-sama memeriahkannya.
Maklumat lanjut boleh email saya di hurul_aien@yahoo.com

Sunday, August 2, 2009

WANITA TIN KOSONG ?

Posted by Khairunnisa at 1:40 PM 0 comments
blogger-emoticon.blogspot.comIngin tahu? blogger-emoticon.blogspot.comTak setuju ? blogger-emoticon.blogspot.comMari berdiskusi untuk mengetahuinya blogger-emoticon.blogspot.comBahagiakan minda dengan berfikir blogger-emoticon.blogspot.comMARI MERAMAIKAN DISKUSIblogger-emoticon.blogspot.com

Sunday, July 26, 2009

Spencer Wall, non-muslim yang memakai hijab

Posted by Khairunnisa at 11:32 AM 0 comments
Spencer Wall, fourth-year English and sociology major, talks about her experience wearing a hijab on Wednesday night at Kerbey Lane Cafe. Wall, a Christian from West Texas, embarked on a personal experience in which she dressed as a Muslim woman for a year, starting in April.
Apa yang dilakukan Spencer Wall, seorang perempuan AS berusia 20 tahun berasal West Texas, tergolong unik dan tidak lazim di tengah masyarakat yang majoriti sakular non-Muslim. Wall sendiri beragama Kristian, tapi sejak akhir April lalu, ia memutuskan untuk mengenakan busana muslimah lengkap dengan jilbabnya selama satu tahun ini. Apa sebenarnya tujuan Wall melakukan itu semua? Wall mengatakan bahwa ia tidak sedang berkesperimen tapi ia belajar dari pengalaman. Ia ingin merasakan bagaimana rasanya menjadi bagian kumpulan miniroti-seperti komuniti Muslim- yang kehadirannya selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai. Meski Wall sendiri mendakwa tidak suka mewakili komuniti Muslim. "Saya bukan ingin mewakili para muslimah atau komuniti Muslim. Saya ingin tahu seperti apa rasanya menjadi seperti mereka, sebentar saja ..." ujar Wall. Perubahan penampilan Wall tentu saja mengundang tanya teman-teman dan orang-orang di kawasan Wall. Dan Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak mengenakan jilbab dan busana muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mau berbicara dengannya dan ia sering menerima cemuhan. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tapi seperti kebanyakan muslimah di AS yang kerap menerima perlakuan tersebut, Wall tidak ambil peduli dan tetap melangkah. Pertanyaan yang paling sering diterima Wall adalah pertanyaan dari mana ia berasal. Pertanyaan sempit orang-orang Amerika yang masih melihat warga Muslim sebagai pendatang haram. Awalnya, Wall menjawab pertanyaan itu dengan penjelasan soal "keinginannya belajar dari pengalaman". Tapi lama-lama, Wall bosan juga dan menjawab pertanyaan itu dengan kalimat pendek,
"Saya bukan Muslim, tapi saya mengenakan jilbab karena saya menginginkannya." Meski demikian, Wall mengakui pernyataannya itu tidak sepenuhnya benar, karana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa mengenakan busana muslimah. "Saya pernah mencuba tidak mengenakan jilbab sehari saja. Ternyata saya tidak mampu melakukannya," aku Wall. Bukan hanya dalam berbusana, Wall juga mengikuti kebiasaan sebagaimana layaknya muslimah. Ia menolak hubungan seks bebas dengan lelaki. Di butik pakaian, Wall pernah meminta pelayan butik untuk menutup celah yang agak terbuka di tempat ganti pakaian, kerana kakinya akan terlihat ketika mencuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya "menjadi seorang muslimah" mengajarkannya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang sifatnya peribadi bagi dirinya sendiri. Satu hal yang menurut Wall, tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristian. Wall bahkan mengatakan, suatu hari nanti ia juga ingin merasakan bagaimana rasanya menjalankan solat lima waktu setiap hari. "Seperti Anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti peribadahan. Dengan pengalaman saya sekarang, saya merasakan diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall. "Pengalaman ini mengajarkan saya untuk menghormati perempuan yang memutuskan untuk di rumah saja menjaga dan mendidik anak-anaknya, menghormati mereka yang mengenakan jilbab dan beraktiviti di luar atau ingin menjadi seorang CEO," sambung Wall. Walaupun sudah berbusana muslimah dan menyatakan ingin mencuba solat lima waktu, untuk ketika ini cahaya Islam mungkin belum menyentuh Wall.
Semoga di suatu saat Allah SWT memberikan hidayah Islam padanya.
sumber: http://eramuslim.com
Respon HEWI :
Dia (Spencer Wall) dah merasainya. Merasa dekat dengan tuhan semasa menjalankan perintah memakai hijab. Kita bagaimana? Adakah kita merasainya? Beza kita antara dia cuma IMAN. Tapi dia merasainya. Amat pelik kita tidak merasainya.
Menurut pendapat saya, muslimah yang mengenakan hijab ada beberapa ciri, Muslimah memakai hijab kerana....
1. Allah ( seperti yang dituntut Islam )
2. dah biasa berhijab dari kecil lagi, sebab mak suruh. Even masuk Universiti pun, kalau tak pakai hijab nanti keluarga kecewa dan marah. ( tergolong Islam pada keturunan ni )
3. suami atau boyfriend suka tengok kalau berhijab ni, nampak lawa dan sopan. ( ni tergolong dalam muslimah tak ada prinsip )
4. masa kuliah kena pakai, wajib. Setakat kawasan kampung ni, buat apa nak pakai, dari kecil sampai besar orang kampung tengok. Dah biasa. Macam keluarga la jugak. ( golongan hati yang berbolak balik )
Jadi, fikir semula. Dia (Spencer Wall) siapa, kita siapa. Berbalik kepada arahan Pencipta kita dalam surah An-Nur : 31
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. "
Moga hidayah Allah sampai kepada hati Spencer Wall untuk menerima kebenaran cahaya Islam.
Moga hidayah Allah juga membuka hati para muslimah kita di luar sana, yang masih meragukan
Iman mereka tentang hijab.

Thursday, July 23, 2009

Mahasiswi : Agen Pemikir @ Agen Perubahan

Posted by Khairunnisa at 8:16 AM 0 comments

Kaum muda membuat sejarah dengan hati mereka.

Cendikiawan membuat sejarah dengan akal fikiran mereka.

Orang arif membuat sejarah dengan jiwa mereka.

Apabila hati, akal dan jiwa saling menunjang untuk membuat sejarah,

pasti sejarah tak akan pudar sinarnya dan tak akan padam obornya.

-Dr. Mustafa Assiba'i

Lihatlah dunia kita, pelbagai peristiwa dalam helaian sejarah telah terbuku. Menanti insan-insan pemikir membedah zaman lampau, mengurai misteri dan mencari jalan penyelesaian dalam masalah yang acap kali berlaku. Mereka ini insan yang tak pernah berhenti untuk berfikir, membuat analogi, kesimpulan, analisis dan kajian demi kajian. Saya ambil contoh, ahli pemikir sejarah pernah membahaskan, wanita sebagai punca utama kejatuhan sesebuah negara, hatta sesebuah tamadun. Ahli arkeologi pula, sanggup menggadai nyawa, tetap cuba menyingkap rahsia sejarah sebuah artifak usang, yang bagi mereka tidak ternilai harganya.

Sejarah, satu subjek yang bukan praktikal, tapi perlu di fahami, hingga “meletakkan” diri di suatu peristiwa untuk di teliti. Ramai yang mengkaji tentang sejarah, dan ramai juga yang “seronok” memanipulasi sejarah.Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire

Bukan mudah untuk memanipulasi sebuah sejarah yang telah “hidup” berabad lamanya dalam jejak tinggalan zaman. Ini bermakna, mereka juga ahli pemikir, yang kreatif memesongkan fakta. Mereka adalah dari golongan manusia yang kecewa dengan ketentuan Pencipta, lantas memberontak dan hidup dalam bayangan Perosak Laknatullah.

Tidak kah kita dapat simpulkan, mereka yang mensyukuri erti hidup untuk memberi, berusaha untuk mahu kehadapan, menjejak zaman lampau untuk membina suatu tamadun yang hebat di masa depan. Dan, mereka yang kecewa dengan Pencipta, tetap berusaha untuk merosakkan jejak silam, dan membina sebuah tamadun yang gelap. Selebihnya adalah golongan yang pemalas, duduk termagu, membingung, berkhayal dan hanya tahu berteka teki hingga membiarkan masalah menjadi barah.

Bagaimana pula dengan kita?

Kita hanya membaca hasil kajian mereka, tetapi tidak turut serta mencetus buah fikiran. Kita membeli keluaran ciptaan dan karya tulisan mereka, tapi tidak cuba untuk membina empayar sendiri. Mereka mengkaji, kita hanya melihat. Sesekali “angguk-angguk, geleng-geleng”. Kita pernah mencetus rangkaian idea yang hebat, tapi sayang, bila sampai ke tahap pelaksanaan, kita kurang mampu. Bak kata bijak pandai terdahulu , menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

Apa yang perlu di lakukan, jelaskan semula matlamat, bina semula kesatuan. Agenda perlu perangkaan rapi. “Kalau agenda anda tidak ditulis, anda tidak mempunyai agenda sama sekali” – Gerald A. Michealson. Ini bermakna, anda mungkin hanya mempunyai impian, visi atau mungkin hanya mimpi buruk.

Perlu diingat, jika anda mengaku seorang agen perubahan, anda perlu tahu bahawa agenda dan pelaksanaan tidak boleh di asingkan. Seseorang hanya boleh di iktiraf menjadi agen perubahan bila selesai di peringkat pelaksanaan. Tidak kira berjaya atau hampir berjaya, di sana telah tercetusnya usaha.

“Anda tidak tahu bagaimana musuh anda? Bertempurlah dan cari. Serangan yang penuh keyakinan hanya dapat ditentukan setelah beberapa lama bertempur. Serangan percubaan (pada kali pertama) bukanlah pertempuran yang berasingan, tetapi ia merupakan serangan awal. Lancarkanlah formasi terhadap keseluruh barisan hadapan musuh, maka anda akan kenali bentuknya (masalah & musuh)” - Strategis Eropah – Kapten Johnstone, 1916.

Moga kita dapat baiki kelemahan yang ada hingga mampu mencetus gagasan idea yang selaras dengan peringkat pelaksanaan.

Sebagai mahasiswi, saya menyeru, jadikan buku teman rapat anda. Revolusi diri anda menjadi insan yang berilmu dan bermanfat untuk agama, bangsa dan negara.

Oleh : Khairunnisa, Blogger
http://qalamhazin.blogspot.com

Monday, July 20, 2009

Suara SISWA kembali menggugat!

Posted by Khairunnisa at 11:10 AM 0 comments
MyEm0.Com Mari sama-sama menyaksikannya.
MyEm0.Com

Thursday, July 16, 2009

Marwa Elsherbiny : kezaliman yang tidak digemparkan!

Posted by HEWI PMIUM at 3:59 PM 0 comments
1 JULAI 2009 : Marwa Sherbini, 32, was stabbed to death last week in a court in Dresden, a killing that caused outrage in Egypt. She had been giving evidence against her killer after he called her a "terrorist" in a playground. The head of the Arab League told the BBC the incident reflected a failure of dialogue between civilisations. Ms Sherbini was stabbed 18 times by a 28-year-old Russian identified as Alex W, who leapt across the courtroom during an appeals hearing and attacked her in front of her husband and son. Prosecutors said the Russian, who had been found guilty in November of insulting and abusing the woman, had a deep hatred of Muslims and acted alone. 'Hate crime' Ms Sherbini's husband was attacked by the assailant as he tried to defend his wife and was also accidentally shot by German police. He is in hospital in critical condition. The Egyptian media have expressed outrage, asking how the incident was allowed to happen and dubbing Ms Sherbini "the martyr of the Hijab", in reference to her Islamic headscarf. The German government was criticised for what was seen to be a muted reaction. sumber : http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/8141130.stm

Monday, July 13, 2009

Isu salah laku pelajar : Kerajaan perlu bertindak semula

Posted by Khairunnisa at 9:46 PM 0 comments

Masyarakat Malaysia dikejutkan lagi dengan kes salah laku pelajar yang dilaporkan semalam oleh akhbar Kosmo yang berlaku di Kuala Terengganu pada 18 Jun 2009 yang lalu. Kes yang melibatkan lima pelajar perempuan dari dua sekolah menengah di Dungun, berhubung insiden pergaduhan sesama sendiri, di sebuah surau di Kampung Ketengah Jaya, Dungun yang dirakam oleh 3 pelajar perempuan adalah kes yang perlu dipandang serius.

Kes ini bukanlah kes salah laku yang pertama yang berlaku di negeri itu, malah catatan beberapa kes yang berlaku pada Mei 2007, Februari 2008 dan Oktober 2008 memperlihatkan kepada kita segala inisiatif yang dilakukan untuk membanteras kes seperti ini menemui kegagalan.

Lebih membimbangkan lagi, data Kementerian Pelajaran serta statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan pelajar sekolah bukan sahaja sekadar terlibat di dalam kelakuan tidak sopan, melanggar peraturan sekolah seperti bising dalam kelas, datang lewat ke sekolah, ponteng tetapi juga menjangkau kepada perlakuan jenayah seperti gengsterisme, melakukan gangguan seksual, merogol malah hingga kepada membunuh. Menurut kajian yang dilakukan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan, sebanyak 459 daripada 1,560 buah sekolah dikenal pasti terdedah kepada budaya gengsterisme.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) melihat isu ini adalah salah satu penyakit yang melanda masyarakat dan negara akibat daripada pendedahan yang melampau terhadap budaya hedonisme. Budaya ini sememangnya merupakan peluru halus milik barat yang bertujuan menghancurkan masyarakat di dunia terutamanya masyarakat Islam. Malah tidak dinafikan, salah satu faktor kehancuran tamadun iaitu kehilangan rangsangan keagamaan dan kerohanian sudah melanda masyarakat Malaysia keseluruhananya.

Dalam hal ini, PMIUM mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah yang lebih serius dalam menangani masalah ini. Elemen hiburan melampau seperti realiti TV, filem-filem berunsur lucah dan ganas dan budaya melihat artis sebagai idol seharusnya dibanteras dengan tegas. Keengganan pihak kerajaan dalam membanteras elemen-elemen ini menunjukkan kerajaan masih lagi tidak serius untuk mengotakan janji dalam pemberian 11 hadiah untuk rakyat yang antaranya adalah untuk memerangi jenayah dan rasuah.

PMIUM yang mewakili barisan mahasiswa sedar bahawa masalah ini seharusnya ditangani bersama. Justeru, PMIUM juga mencadangkan kempen Sifar Jenayah diadakan sebagai salah satu inisiatif menyuntik kesedaran masyarakat berhubung isu ini. PMIUM juga dengan berbesar hati menawarkan kerjasama dan bantuan kepada mana-mana pihak terutama pihak kerajaan untuk sama-sama turun padang bagi menjalankan misi ini.

Fasihah bt Pauzi

Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita & Mahasiswi

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

Wanita yang ber'kiblat'kan HEDONISME ?

Posted by Khairunnisa at 2:08 AM 0 comments
Selama ini, saya hanya memahami budaya Hedonisme secara teoritikal. Hidup di bumi Nilam Puri, ruang hiburan yang melalaikan amat minima. Tetapi setibanya saya di Kuala Lumpur, saya melihat budaya ini kebanyakannya di praktikkan oleh sesetengah golongan remaja.
Analisa pertama, kekeringan nilai moral dan agama di kalangan remaja telah membuka ruang yang amat besar untuk terus membudayakan Hedonisme sebagai salah satu cara hidup mereka. Ini amat membimbangkan. Tidak hairanlah apabila manusia seringkali bertindak rakus dalam kehidupan hingga sebahagian aktiviti seharian amat jauh dari norma kehidupan.
Sebagai seorang daie, kita perlu optimis dengan situasi begini. Ia sebenarnya umpama ladang yang subur tetapi mempunyai tanaman yang kering. Bajai dan sirami ia dengan sebaiknya. Buka hati anda, telah datang satu peluang menuai pahala dan ganjaran di kawasan ladang yang lebih luas dan besar.
Dalam pertemuan kita kali ini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat melihat dan menilai sejauh mana bahaya virus Hedonisme ini andai membarah di dalam masyarakat kita terutama wanita, perempuan, siswi dan yang seangkatan dengannya.
Wanita dihiasi dengan sifat lemah lembut, pemalu dan banyak lagi kelebihan yang telah Allah kurniakan. Namun kedatangan budaya Hedonisme ini yang mana pegangan atau pandangan hidup hanya mementingkan keseronokan atau kesenangan. Memetik pandangan Drs Sudarsono di dalam bukunya, Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja terbitan Bina Aksara, beliau berpendapat Hedonisme sebagai doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan.
Inilah yang kita khuatirkan apabila wanita-wanita meletakkan kesenangan hidup sebagai puncak tertinggi melebihi Allah dan Rasul. Melihat hidup bermewah –mewahan melebihi kepentingan menjaga diri dan maruah. Natijahnya,ramai wanita yang tersungkur menyembah harta dan duit. Punca dan sumber duit? Ah,itu sudah tidak penting lagi bagi mereka. Yang penting kehendak mereka dapat dipenuhi. Menjadi GRO, shopping sakan menghabiskan duit pinjaman dan biasiswa, membohongi ibubapa kononnya hendak beli buku.. banyak lagi kemungkaran berantai hasil virus hedonisme ini. Wanita tidak sedar rupanya mereka diperalatkan ! Diperalatkan oleh budaya barat yang tidak ingin melihat kebangkitan wanita dunia yang mempunyai moral dan nilai hidup yang tinggi.
Mereka khuatir andai wujud lagi wanita persis Saidatina Khadijah yang menjadikan hartanya sebagai asset penting untuk menyumbang kepada kebangkitan islam.
Ya, barat cukup takut!
Mereka khuatir andai wujud lagi wanita persis Sumayyah,yang sanggup berjuang sehingga menempah syahid semata-mata membela agama Allah.
Ya, barat cukup takut!
Mereka cukup khuatir andai semakin ramai wanita-wanita yang menghayun langkah bersama Zainab al Ghazali wanita berjiwa besi yang tidak gentar dengan salakan laknatullah.
Ya,barat cukup takut!
Mereka cukup khutir andai ramai wanita yang mempunyai akal dan pemikiran yang kritis dan berstrategi dalam usaha memenangkan agama Allah seperti Maryam Shaleh anggota kabinet Hamas.
Ya,barat cukup takut!
Untuk itu wahai wanita-wanita sekalian, perhatikanlah kembali bagaimana kita mengatur jalan hidup kita. Hidup di dunia hanya satu persinggahan singkat. Di dunia inilah kita mencorak identiti apa yang kita akan gunakan untuk kembali menemui Allah. Adakah wanita yang mukminah, wanita yang fasiq, wanita yang solehah, wanita yang munafiq ? Pilihan di tangan kita. Lumrah manusia itu sifatnya mudah terleka dan terlalai. Tapi usah bimbang, jalan taubat masih terbuka luas.
Sekali lagi, pilihan di tangan kita!
Bertanyalah andai tidak tahu, sedarlah kembali saat manusia dalam kelalaian, bangkitlah kembali saat manusia tengah hanyut dalam lautan duniawi, berpeganglah pada tali Allah saat kau merasa lemah. Kerana hakikatnya, Allah tidak pernah meninggalkan mu.
`maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat’
(surah An Nasr:3)
oleh: Nor Hasyimah bt Bujang
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
http://peladangallah.blogspot.com

Thursday, July 9, 2009

apa khabar HATI?

Posted by HEWI PMIUM at 1:39 AM 0 comments
Sesekali apabila bertanya pada hati Adakah hatimu sejahtera hari ini? Hati memberikan bayangan jiwa Lalu jiwa menyatakan perasaan Tiada yang berjaya memikat hati Kecuali jiwa yang telah terpesona dan terpaut Hati mula terpaut pada istighfar Lidah tidak lagi kelu berzikir Mata memandang dunia…syahdunya. Telingan menghayati seruan kebenaran Kaki melangkahkan pahala ke rumah Tuhan Tangan menadah syukur kurnia Sesusuk jasad sempurna kini. Hati yang merindui memainkan akal Hati bersih kerana berkat beramal Akal tidak kaku memikirkan balasan Sesekali tanya pada hati Adakah sihat kau hari ini? atau nanti doktor bawa ke hospital atau nanti jururawat suntik ubat baru kau nak berjaga-jaga Menjaga pakaian hati Peluntur kekotoran hati Tiada lain zikir mengingati Allah bermujahadah dan muhasabah Sesekali tanya pada hati Bagaimana kau rasa kini? mahu dipaksa atau terpaksa.. Hati akan menjawab “ Aku tidak bisa menentukan kerana manusia sebagai suis tanyalah dia…bagaimana aku.. di sini…” Maslida Mohd Suddin http://intanalmas.blogspot.com 22 Ogos 2003

Wednesday, July 8, 2009

Jenayah Ragut : Adakah Kita Umpama Tikus Membaiki Labu?

Posted by HEWI PMIUM at 4:31 AM 0 comments
Utusan Malaysia dalam laporan akhbar pada 17 April 2009 baru-baru ini telah mendedahkan fakta bahawa jenayah ragut di Kuala Lumpur telah mencatatkan kenaikan mendadak hampir 100%. Ini berdasarkan statistik jenayah ragut pada bulan Januari hingga April 2009 yang mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu. Dalam bulan ini sahaja, pada hari Selasa – 5 Mei 2009 ; Seorang wanita hamil, Puan Jamilah Selamat telah meninggal dunia di Johor Baharu selepas koma akibat diragut semasa menunggang motorsikal. Pada hari Rabu – 6 Mei 2009 : dua kejadian sama berlaku di dua tempat berbeza. Puan Saripah Mohd Noor, 33, dari Kampung Melawi, Bachok Kelantan yang mengandung tiga bulan, maut selepas diragut oleh seorang lelaki. Manakala di Pulau Pinang Nenek Tom Salleh,86 telah meninggal dunia kerana menyelamatkan anaknya dari menjadi mangsa ragut. Pihak kerajaan,pihak polis,pihak berwajib yang lain serta semua rakyat malaysia perlu membuka mata lebih luas kerana kes jenayah ragut ini menjadi semakin tidak terbendung. Apa yang diperlukan kini, bukan sekadar cadangan dan lontaran idea yang bertimbun-timbun. Tapi apa yang penting pelaksanaan cadangan dalam bentuk tindakan yang lebih praktikal. Bentuk penyelesaian yang perlu dilaksanakan ialah terhadap penjenayah ragut ini sendiri sama ada dalam bentuk pendidikan kesedaran dan penguatkuasaan yang lebih tegas dan berkesan. Dari satu segi pula, perlunya ada usaha pencegahan dan pendidikan kesedaran di kalangan ahli masyarakat khususnya golongan wanita yang lazimnya menjadi sasaran utama peragut. Bentuk penyelesaian terhadap penjenayah ragut yang perlu di nilai kembali ialah salah satunya ialah saranan yang pernah dilontarkan oleh Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, supaya kerajaan meningkatkan usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas penagih dadah sebagai langkah mencegah kejadian jenayah termasuk ragut, perlu diberi perhatian pelbagai pihak, ini kerana 58,000 bekas penagih dadah keluar dari pusat serenti dan mereka cuba mendapatkan pekerjaan.Bagaimanapun, apabila gagal dan kecewa dalam persaingan, golongan itu mudah terjebak semula dalam gejala penagihan, sekali gus mendedahkan mereka kepada jenayah ragut atau mencuri. Tambahan pula dalam era krisis ekonomi yang semakin meruncing, golongan ini menjadi lebih terdesak dan mengambil jalan mudah dengan melakukan jenayah ini. Satu bentuk tindakan yang tegas dalam bentuk hukuman dan penguatkusaan kepada peragut juga perlu dilakukan. Cadangan untuk mewujudkan akta khusus ragut yang diutarakan oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang juga wajar untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Akta yang ada kini dilihat tidak cukup untuk memberi pengajaran kepada penjenayah ragut,kerana kebiasaannya jenayah ragut ini dilakukan oleh orang yang sama dek kerana mereka telah merasa ‘selesa’ dengan perkerjaan mungkar yang mereka lakukan. Seterusnya, saranan kepada golongan yang berpotensi menjadi mangsa ragut, khususnya wanita. Teramat banyak kempen dan usaha memberi kesedaran kepada wanita tentang pentingnya menjaga keselamatan diri sendiri namun masih tidak berkesan. Realiti kes yang berlaku adalah apabila wanita kini masih terleka dan mendedahkan diri sendiri kepada bahaya ragut itu sendiri. Dalam Islam sendiri telah menggariskan beberapa panduan terbaik kepada wanita sebagai langkah pencegahan berlakunya jenayah. Mungkin selama ini kita terlepas pandang dan hanya memandang remeh panduan ini. Antaranya ; Keluar rumah atas tujuan yang perlu sahaja seperti berkerja, menuntut ilmu, dan lain-lain tujuan yang baik. Selain itu, disarankan wanita agar tidak keluar berseorangan dan sewajibnya mematuhi garis panduan pakaian yang telah ditetapkan dalam Islam. Jika panduan ini di laksanakan sebaik mungkin, sudah pasti ianya akan menjadi benteng pencegahan terbaik bagi wanita. Persoalan yang ingin ditimbulkan untuk renungan bersama? Adakah selama ini, penyelesaian yang dilakukan adalah umpama tikus membaiki labu. Tidak menyelesaikan masalah malah menambah burukkan lagi masalah. Ataupun, sebenarnya langkah penyelesaian yang dilakukan umpama mekanik yang menukar tayar motor sahaja sedangkan tiubnya yang telah bocor tidak ditukar?Kita telah tersalah analisis punca masalah sebenar dan menyebabkan kegagalan yang berterusan. Justeru, muhasabah dan refklesi kembali perlu di lakukan disetiap peringkat. Tindakan segera dan efektif perlu dicatur dan dilaksanakan oleh semua pihak. Apa jua tindakan itu, diharapkan dapat melindungi rakyat negara ini untuk terus merasa selamat berjalan di negara sendiri. Oleh : Fasihah Mohd Pauzi Timb.Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya

Monday, July 6, 2009

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Posted by HEWI PMIUM at 8:31 PM 2 comments
HEWI merupakan satu pertubuhan di bawah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya di mana pertubuhan ini bertanggungjawab terhadap golongan wanita samada para mahasiswi mahupun para kakitangan Universiti Malaya tidak kira dari aspek keagamaan, kebajikan, keilmuan dan sebagainya. Justifikasi HEWI ditubuhkan adalah disebabkan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) memandang bahawa golongan wanita perlu diberi tumpuan khusus, tambahan pula wanita adalah golongan yang paling dominan di dalam kampus Universiti Malaya ini. Dengan bertemakan “Kerana Kita Adalah Wanita”, HEWI menggunakan tiga pendekatan utama dalam melaksanakan misi gerakan mahasiswi iaitu Caring, Sharing & Loving (CSL). Pada sesi kali ini, HEWI akan lahir dengan nafas baru dimana ia membawa tiga agenda perjuangan iaitu agenda Pengislahan, Keilmuan dan Kebajikan. Salam Perkenalan. Fasihah Mohd Pauzi (Pengerusi HEWI PMIUM) Wan Nur Syahirah Wan Mohd Sabri (Timb.Pengerusi HEWI PMIUM)

Saturday, February 14, 2009

HEWI PMIUM membantah penganjuran MUSAWAH oleh SIS!!!

Posted by HEWI PMIUM at 9:16 AM 0 comments
Islam adalah dien al-haq yang diwahyukan oleh Allah ta'ala kepada Rasul-Nya yang terakhir Muhammad.
"Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi."(Surah Al-Fath: ayat 28)

Sebagai rahmat bagi semesta alam:
"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam."(Surah Al-Anbiya': ayat 107)

Dan sebagai satu-satunya agama yang diridhai oleh Allah ta'ala:
"Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam." (Surah Ali Imran: ayat 19)

Bermula pada hari ini, 13 Feb 2009 hingga 18 Feb 2009, sebuah badan bukan kerajaan, Sister in Islam (SIS) akan menganjurkan suatu program iaitu program Musawah bertempat di Hotel Prince, Kuala Lumpur secara tertutup.

Perjumpaan ini katanya bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulamak Islam muktabar iaitu antaranya Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain. Program Musawah adalah 'Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family'.

Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) turut menyelar penganjuran program Musawah yang membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikaikan prinsip-prinsip asas Islam. Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Dr Wan Salim Wan Mohd Nor berkata pertemuan Musawah itu dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar. Menurut beliau lagi, Musawah juga bakal mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala Syariat yang dibawa oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Mazhab Islam Liberal hadir sesungguhnya dengan maksud untuk memutarbalikkan kebenaran Islam, menabur keraguan untuk mendangkalkan keyakinan umat, dan berusaha untuk menjauhkan mereka. Bahkan, sampai batas tertentu, mazhab ini berusaha memurtadkan mereka untuk kemudian mendorong mereka agar memeluk keyakinan baru (demokrasi, sekularisme, sinkretisme, humanisme).

Pergerakan SIS di Malaysia terutamanya adalah hasil daripada pengaruh barat yang datang bertopengkan perjuangan hak asasi wanita terutamanya dalam institusi kekeluargaan Islam dan pelbagai hal lagi yang berkaitan dengan wanita islam. Di Barat sendiri, perjuangan yang menuntut hak penyemarataan dengan lelaki yang dipanggil feminism telah bermula di era 60-an lagi. Diantara tuntutan pergerakan ini tehadap kerajaan adalah supaya menghapuskan institusi kekeluargaan dan meminta kerajaan menyediakan asrama awam untuk meletakkan anak yang dilahirkan untuk dijaga oleh kakitangan awam.Ini sudah melampau.

Tercetusnya pergerakan ini kerana latarbelakang tamadun Barat yang sentiasa menjadikan wanita adalah golongan kelas kedua dimana hak mereka untuk belajar, mempunyai harta dan sebagainya telah dinafikan. Begitu juga di zaman sebelum era 60-an lagi, iaitu ketika tamadun Greek, Rom dan Parsi dimana mereka mengaggap wanita adalah penghuni neraka kerana membuat orang lelaki tergoda. Wanita pada ketika itu, dilayan sepertti haiwan, meraka diberi pakaian tetapi mereka dijadikan hamba seks kepada golongan lelaki, dijual dipasar, tidak dibenarkan keluar rumah dan jika melahirkan anak perempuan, orang akan memandang jijik dan mengutuk wanita tersebut.

Kita sedia maklum, selepas kedatangan Rasulullah S.A.W, martabat wanita itu diangkat tinggi. Sesiapa ingin mengahwini wanita, perlu membayar mas kahwin, diberi peluang untuk menuntut ilmu, peranan wanita di rumah dipandang tinggi dalam mendidik anak dan di bidang-bidang lain. Sehingga Saidatina Aisyah r.a sendiri pun boleh menjadi perawi hadis yang menjadi rujukan para sahabat selepas kewafatan baginda.

Berbalik kepada SIS, pergerakan ini menjadi kontrovesi disebabkan penentangan mereka terhadap fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (MFKM) terhadap isu-isu semasa seperti pengharaman Yoga, tomboy, kes murtad dan pelbagai lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penentangan SIS, anda bolehlah layari sendiri laman web SIS (http://www.sistersinislam.org.my). Namun para pembaca yang budiman tidak terpengaruh dengan hasil-hasil penulisan mereka. Banyakkan beristighfar semasa membaca laman tersebut. Namun, bagaimana pergerakan ini masih bergerak aktif dan tidak diharamkan sesat oleh kerajaan Malaysia? Apakah penjelasan dan jalan penyelesaian yang dibuat di peringkat Kerajaan di atas permasalahan ini? Malah ada pemimpin Malaysia yang turut menjadi penyokong dan pendokong SIS ini... Sama-sama kita fikir dan renung-renungkan.

Di zaman abad ke 21 yang penuh dengan cabaran untuk memesongkan akidah ini, umat Islam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan fahaman dan pergerakan yang banyak memesongkan akidah umat Islam.

Oleh itu kami HEWI PMIUM mewakili seluruh mahasiswa/i Universiti Malaya menentang dan membantah penganjuran MUSAWAH. Kami turut menyeru semua muslim seluruh dunia agar tidak terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menentang ajaran Islam yang sebenar dan Carilah sebanyak mungkin maklumat tentang suatu pergerakan dan fahaman yang diragui berpandu kepada al-Quran dan as-Sunnah serta bertanyalah kepada ulama muktabar atau yang lebih 'alim (berilmu) dalam perkara ini untuk mengelakkan diri daripada termasuk di dalam golongan ini. Nauzubillahiminzalik.

Kesimpulannya Islam adalah addeen (cara hidup) untuk dihayati dan dipraktikkan, bukan suatu teori yang boleh dicabar dan diuji kebenarannya. Sesungguhnya Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah kerana Islam adalah satu-satunya agama disisi (diterima oleh) Allah dan ajaran Islam itu sendiri yang lengkap dan menyeluruh iaitu mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa pengecualian dari sekecil-kecil urusan sehingga sebesar-besar perkara dan Islam itu bersifat 'alamiyyah yakni sesuai untuk semua orang, tempat dan sepanjang zaman. Wallahuallam.

Monday, July 14, 2008

Bukankah tangan itu yang..

Posted by HEWI PMIUM at 5:20 AM 0 comments
Sambungan tajuk : Bukankah tangan itu yang menghayun buaian..sekarang sudah bisa memegang tittle Ketua Polis Negeri.Begitulah keadaannya wanita pada masa kini, sudahpun mempunyai keterlibatan yang serius dalam pelbagai arena pekerjaan. Jikalau dahulu, peluang untuk bekerja dilapangan kaum Adam amatlah terlalu asing bagi wanita tetapi sekarang ia menjadi kebiasaan bagi kaum Hawa untuk terlibat secara terus. Jika kita selidiki Sirah Junjungan, Kaum Hawa juga terlibat sama dalam beberapa siri peperangan bersama-sama Kaum Adam. Tambahan pula lagi pada zaman sekarang.. Wanita yang bertuah ini ialah Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abd. Ghani mencatat sejarah apabila dilantik sebagai Ketua Polis Negeri wanita yang pertama di negara ini. Puan Robiah, 55, telah dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Pahang yang baru dengan pangkat Pemangku Deputi Komisioner (DCP), menggantikan Datuk Ayob Mohamed yang bersara wajib September ini dan kini sedang bercuti. Tahniah diucapkan. Peristiwa yang bersejarah ini adalah satu penghargaan yang besar untuk insan yang bergelar wanita, isteri dan juga ibu. Dengan ini bertambahlah tanggungjawab serta amanah Datuk Robiah yang mempunyai 3 orang anak. Tugas menjadi seorang ketua serta bertanggungjawab menjaga keamanan bahkan menjamin keselamatan awam. Itulah wanita, berbekalkan kekuatan mental dan fizikal yang dikurniakan Allah ia dapat membantu dalam pembangunan dan pembinaan negara. Sesungguhnya,Islam mengangkat martabat wanita dengan kehadiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.. bersyukurnya menjadi insan yang bergelar Hawa. Buat semua insan yang bergelar wanita, kita mempunyai peranan yang besar dalam agenda membaik pulih akhlak dan peribadi insan lain,yang juga bergelar wanita. Sesungguhnya kecil-kecil kerja adalah amanah, jadi gunakanlah setiap ruang dan peluang untuk sama-sama menjaga dan memastikan wanita di sekeliling kita, anak-anak remaja perempuan dan sahabat-sahabat kita selamat dari hanyutan dunia yang sementara ini.

Wednesday, June 25, 2008

Siapa mahasiswa; Peranan dan Sumbangannya

Posted by HEWI PMIUM at 3:47 AM 0 comments
ISTIMEWA BUAT BAKAL MAHASISWA BARU UNI PERDANA, DAN JUGA MAHASISWA-MAHASISWA LAIN AMNYA

“Suatu bangsa yang maju tidak cukup hanya dengan pemimpin yang bijak dan bercita-cita, tetapi memerlukan angkatan muda yang bukan sahaja cergas, tetapi juga bercita-cita.” Begitulah ungkapan yang pernah dilontarkan oleh Sasterawan Negara, Usman Awang. Angkatan muda yang dimaksudkan oleh beliau semestinya adalah golongan pemuda-pemudi, atau dalam konteks dunia hari ini ialah kelompok mahasiswa. Benarkah begitu? Atau kita ingin maksudkan kepada mat-mat rempit di hangat malam dan kutu rayau di embun fajar?

Mahasiswalah merupakan satu golongan yang sering menjadi perbualan dari dulu sehingga sekarang. Sudah sekian banyak diskusi, forum mahupun ceramah berkenaan mahasiswa yang melatari serata tempat. Apakah peranan mahasiswa, bagaimana yang dikatakan mahasiswa idealis, masalah-masalah yang mencengkam mahasiswa dan banyak lagi persoalan serta gagasan yang terus-terusan dikupas. Namun begitu, siapakah pula yang dimaksudkan dengan mahasiswa? Ternyata mahasiswa itu adalah ANDA!

Soalan yang sering dilontarkan dan menjadi perbahasan, apakah PERANAN dan SUMBANGAN mahasiswa? Adakah hanya berbangga dengan gelaran mahasiswa sedang diri masih penuh dengan monolog dan tanda tanya? Apakah sudah riuh sekampung kononnya anak Pak Dolah hebat, sudah masuk Universiti Malaya tetapi hati sang empunya masih berteka-teki dan berdialog, nanar tidak tahu punca dan arah sebenar. Apa makna dan erti pada sebuah gelaran terhormat seumpama mahasiswa jika diri masih tenggelam punca?

Ternyata yang ada di kotak pemikiran dan ruang lingkup mahasiswa kini hanyalah 3K. Kata seorang pensyarah varsiti kesayangan kita ini, Mahasiswa sekarang sudah terkena sindrom 3K”. Ini bukan Datuk K buah hati pengarang jantung Datuk Siti Nurhaliza, malahan ini adalah sindrom Kolej, Kuliah, Kafe. Pagi-pagi dari kolej ke fakulti mendengar kuliah, langsung ke kafe untuk makan bersama buah hati, dan lewat petang pulang ke kolej semula untuk memerap di dalam bilik. Sudahlah tidak turun berjemaah di surau kolej kediaman bagi mahasiswa muslim yang tinggal di kolej, sudahnya tidak pula bergaul dengan masyarakat serta kawan-kawan sekitar yang pelbagai bangsa. Segala program yang baik dan bermanfaat ditolak ke tepi malahan ajakan menyertai program-program ilmiah dilempar jauh! Lebih enak bercanda di bilik tidur, sambil baring-baring menonton filem Cicak Man, membawa ke drama Korea My Girl yang bersiri-siri, atau di hujung-hujung minggu keluar ke Mid Valley untuk bersiar-siar mencuci mata dan membuang masa!

Kalau dibandingkan mahasiswa sekarang dengan mahasiswa dahulu, sangatlah jauh perbezaannya. Dulu, mahasiswa dengan idealismanya dapat menjadi payung kepada masyarakat marhain yang perlukan pembelaan. Tanpa perlu masyarakat menghulur tangan dan menagih simpati di kaki mahasiswa. Bandingkan hal tersebut dengan mahasiswa sekarang, yang mengalami degradasi, baik dari segi intelektualisma, idealisma, patriotisma, maupun semangat jati diri mereka. Usahkan menghulurkan tangan tanda bersimpati dan mengamalkan budaya volunteer, telinga pula dipekakkan pada segala ajakan dan permintaan dari masyarakat. Lihatlah betapa parahnya mahasiswa sekarang. Mahasiswa sekarang, cenderung untuk berpikir pragmatis dalam menghadapi persoalan. Kondisi seperti itu, menjadikan kampus benar-benar menjadi suatu ‘menara gading’ dan jauh dari jangkauan kalangan masyarakat kecil. Mahasiswa menjadi kelas yang elite dan sama sekali tidak tersentuh dengan persoalan kerakyatan.

Bukan itu maknanya pada sebuah gelaran dan sanjungan masyarakat pada seorang peribadi bernama mahasiswa. Di tangan mahasiswa terletaknya pengaduan mereka, di pundak mahasiswa tergalas harapan mereka, bibir kita terzahir suara mereka, di ayunan langkah kita tebayang perjuangan dan jerih perih mereka dan di keringat kita mengalir air mata dan darah mereka. Dalam hal itu, mahasiswa dituntut untuk dapat berperanan lebih nyata terhadap perubahan atau paling tidak menjadi pendokong dari sebuah perubahan ke arah yang lebih baik.

Bukan sahaja pada tangan masyarakat yang memerlukan kita, malah pada makna sebuah amanah dan tanggungjawab idealisma dan intelektualisma yang semakin gersang dari minda dan hati para mahasiswa. Sebarang program perlu ada unsur hiburan, kalau tidak tak best! Inilah juga antara barah yang semakin memburuk dalam diri serta jatidiri mahasiswa. Hiburan, hiburan, hiburan. Falsafah hedonis jiwa berkudis! Hasilnya, lahirlah mahasiswa yang tidak kritis, mandom, lampi (lambat pickup), dan hanya ingin berhibur akibat disumbat dengan program dan aktiviti bercorak hedonisma seperti sotong sumbat yang disumbat dengan pulut.

Jarang sekali mahasiswa cuba berfikir tentang persoalan kerakyatan, keagamaan, atau pun bagaimana konsep memajukan bangsa di era globalisasi ini. Mereka lebih suka diajak bersenang-senang untuk kepentingan peribadi yang bersifat sesaat, seperti kegiatan rekreatif dan hiburan (jika dibanding dengan kegiatan ilmiah).

Ayuh para rakan mahasiswa, kita bukanlah seperti apa yang diwar-warkan oleh masyarakat seperti di atas. Kita adalah mahasiswa yang berjiwa ‘mahasiswa’. Kita berani menggalas peranan kita yang hakiki lalu menerjemahkannya buat tatapan warga dunia, menjadi sejarah pada nadi sebuah bangsa. Siapa mahasiswa itu? ANDALAH MAHASISWA ITU. Buktikan dari sekarang bermula dengan keinginan seterusnya menerjemahkan dengan tindakan. Masa tidakkan pernah menunggu kita. ANDA MAMPU MERUBAHNYA.

SYAHADATUL HAFIZAH BINTI ABDULLAH HEWI PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA

Monday, June 16, 2008

Islam A Way of Life...

Posted by HEWI PMIUM at 12:13 AM 1 comments
Alhamdulillah.. Bersyukur kerana Allah telah membuka pintu hati insan glamor bernama Aziziah Ariffin untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang Muslimah. Sesungguhnya inilah ketenangan yang beliau perolehi ketika umur mencecah 40 tahun. Tahniah dan semoga imej bertudung ini terus kekal serta menjadi contoh tauladan kepada muslimah yang masih belum melakukan perkara yang sama. Berbuatlah sesuatu kebaikan sebelum kita dipanggil menghadapNya kerana tiada sebarang amaran yang datang mengejutkan kita. Sesungguhnya tudung @ hijab bukanlah satu pilihan tetapi satu kewajipan.Muslimah-muslimah di Eropah sanggup keluar masuk ke mahkamah hanya kerana tingginya nilai sehelai kain bernama tudung. Kita melihat semakin ditekan semakin berani muslimah di luar sana mencabar undang-undang negara mereka seperti di Perancis dan juga Belgium. Begitulah senario sekarang di Eropah. Itu situasi yang berlaku di Eropah..Bagaimana ya di Malaysia???
 

HEWI PMIUM Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez